Profile
:: serikandisufi :: :: serikandiislam ::
:: mujahidah :: ::ummumujahid:: :: sham ::
Bila Berjuang Kerana ALLAH,
Dugaan Itu Tempat Bersinggah,
Keperitan Ditelan Sebagai Juadah,
Kejayaan Adalah Mimpi Indah,
Andai Ditakdirkan Rebah,
Hati Redha Kerana ALLAH!
======================
SINGGAH
======================
Tag Board
Calendar
Links
======================
ISTIGHFAR
======================
|
|
|
Tuesday, January 29, 2008
SAHABATKU SRIKANDI ZAINAB AL-GHAZALI AL JUBAILI
26 Januari 2008 dalam kenangan..Melihat kepada kebiadapan Pasukan Keselamtan Negara mencekup sahabat-sahabat kami di perkarangan stesyen LRT Ampang Park sangat menjengkelkan. Sudah tidak berdaya untuk berhadapan secara terus permainan tangkapan pula di gunakan. Tekanan mental yang kami lalui di luar dan tekanan mental sahabat-sahabat kami di dalam..sangat menguji. Seharian bergelut dengan masa dan usaha dengan harapan sahabat-sahabat kami tidak perlu bermalam di lokap tidak berhasil. Sengsaranya kami dengan perpisahan sementara yang Allah beri ini sangat menguji kekentalan kami. Sambil menunaikan solat beralaskan surat khabar, dan berbumbungkan hujan yang turun seolah-olah menyapa lembut hati kami yang kian parah dek kekejaman dan kezaliman mereka. Dalam hujan doa bersahutan dengan linangan air mata. Bukan tidak redha pada mehnah perjuangan ini, tetapi jiwa terasa lemah tidak mampu membayangi keadaan sahabat-sahabat kami yang terpisah jasad. Kami bersatu dalam doa, kerana saat itu kami dan mereka hanya mampu mengharap dan berserah pada DIA. Allahu Rabbi ini adalah hadiah istimewaku sempena ulang tahun kelahiran yang ke-23. Selama 3 hari kami terpisah dengan sahabat-sahabat kami, selama itu lah kami belajar akan erti kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan persahabatan. tak dapat ku intai kembali memori tiga hari yang lepas tika mata ini cuba di lelapkan wajah-wajah sahabat silih berganti menghiasi ruang mata..bila mata ku di halakan ke arah kiri wajah mulus adinda ku izi, mata ku di alih ke hadapan kekanda bersemangat waja kak athirah menghiasai mata ku, ku lihat kanan kak mai hadir dan apabila ku tundukkan pandangan kak fatimah muncul.deria bau ku di penuhi dengan bau minyak wangi kak athirah..meski kami dipisah dengan tembok dan jeriji besi...Ya Allah lindungi mereka..berilah kemenangan pada kami Ya Ilahi...seluruh hidup terasa hambar dan sepi, kecewa dan benci pada rejim itu...sahabatku, kalian pejuang kebenaran, kalian adalah wanita yang menentang kezaliman..Moga Allah merahmati kalian..penat dan letih ku masih lagi menguasai seluruh ruang sarafku...i'm speechless for what we had went through....hingga jejari menari kembali...

Posted at 05:35 pm by mujahidah
  LIHAT
Tuesday, December 04, 2007

Syafi'e, Wahabi, Salafi, Semuanya perbezaan fahmi, Menyentak jiwa nurani, Saat mencari di gelar ingkari,
Bukan khilaf itu yang dicari, Tetapi yang sahih itu di usuli, usah menunding jari, Mewujud basa-basi, Membiar perpecahan ditontoni,
Disini kita demi satu janji, Mendaulat agama rabbi, Menuju cinta nabi, Mendamba bahagia ukhrawi, Memartabat kesatuan hati, Menuju redha ilahi.
serikandisufi Baiti Jannati 02 Dis 2007 07:15pm
Posted at 06:32 pm by mujahidah
  LIHAT
Friday, November 16, 2007
Berani : Berniqab semasa 'demo' ??
Perhimpunan bersih bukanlah 'demo' pertama sham, walau bagaimanapun diakui itulah demo pertama yang pernah sham pergi yang mana pesertanya terdirin dari ribuan rakyat jelata. Ini lah pertama kali dengan mata sendiri sham menyaksikan kebangkitan rakyat. Selama ini semua itu sham telusuri dalam bacaan sham. Namun bukan soal kebangkitan yang ingin sham bicarakan disini. Fokus sham padda kali ini ialah 'berani'. Sejauh manakah keberanian yang kita ada dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan?
Melihat kepada para peserta 'demo' tempoh hari, ramai pula muslimat berniqab. Namun mereka ini bukanlah secara kebiasaanya berniqab itu. Hanya berniqab semasa menyertai program-program yang berisiko. Hatta sham sendiri pun mula berniqab setelah menghadiri satu 'demo' di hadapan kedutaan Amerika. Alhamdulillah selepas itu sham jatuh cinta dan terus berusaha pertahankannya. Bila sham renung kembali hakikat sebuah perjuangan, sham merasakan tidak semua dari kita bersedia untuk berjuang kerana kita masih lagi di hantui ketakutan dan kebimbangan pada pengorbanan. Berjuang ini bukanlah satu perasaan atau anugerah yang perlu di zahirkan atau di banggakan. Tapi perjuangan datang dengan pakej yang sangat menarik ia itu berjuang dan terkorban.
Seorang sahabat mengingatkan sham andai tidak mampu merelai sebuah pengorbanan jangan berbicara tentang perjuangan. Hakikat ini sham rasai apabila saat-saat genting untuk merealisasikan 'demo' kali ini bermula. Jika sebelum ini sham hanyalah seorang peserta tetapi tidak kali ini. Menyedari bahawa tidak pernah ada janji dari Allah bahawa dunia tempat yang kekal, maka sham tekad pada sebuah semangat ia itu SYAHID. Allahu Akbar, perasaan menghadapi permulaan gelombang ini sehinggalah ke akhirnya merupakan sebuah cermin diri yang menunjukkan kepada diri sendiri. Siapa kau di medan juang? Adakah lidah yang petah berbicara soal perjuangan mampu berpijak dan bertahan di medan itu? Adakah sifat yakin dan tawakkal itu benar-benar mantap? Segalanya teruji di situ..
Melihat kepada risiko yang terbentang dan keresahan ayahbonda di rumah menyebabkan hati ini berbelah bahagi. Beberapa orang teman memberikan idea untuk menyelesaikan kekusutan ini. Dalam pelbagai idea yang kunjung tiba ada 2 idea yang membuatkan sham berfikir dan terus berfikir.
Idea yang pertama , "Buka niqab sepanjang demo" barulah orang tak kenal. Dan idea yang kedua yakinlah dengan janji Allah, ayuhlah seperti mana dirimu sekarang ke medan itu.Jangan sesekali membuka niqabmu, pertahankan. Menurut kehendak taghut tidak sesekali. Bukan berniqab itu hak mu? maka siapakah mereka untuk menidakkannya? Biarpun di penjara sekali tempat mu selepas ini, namun sahabatku menyerah tidak sekali. Sham teruja dan terbangkit dengan kata-kata itu. Terima kasih sahabat.
Setibanya di medan itu, sham terfikir sahabat-sahabatku yang berniqab kerana takut dan bimbang ini, sepatutnya kalian fikirkan bahawa kita berjuang untuk mati (syahid) justeru untuk apa takut? takut di kecam dan di buang kampus? apakah kalian lupa yang menetapkan sebuah ketentuan adalh DIA. Kalau kalian di takdirkan tidak tamat belajar sekali pun, kalian tetap tidak akan tamat tak perlu hanya kerana kalian sertai 'demo' tersebut.Kepada sahabat yang berniqab lalu membukanya kerana bimbang di kecam juga kepada mereka yang tidak menyahut seruan jihad dek kerana takut dan sebagainya ingatlah,Perjuangan itu berjuang dan terkorban, bukan membiarkan ape yang dijuangkan itu terkorban. Ketakutan kita pada hukum dunia tak pernah terbayar tetapi ketakutan kita pada api neraka Allah lumayan ganjarannya. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Justeru tak pernah rugi orang yang berjuang kerana Allah. Yakin lah Janji Allah itu pasti.
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
At-Taubah:41
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
As-Saff : 10 - 11
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
At-Taubah : 111
Jadilah seperti pepohon nyiur walau di hempas ombak yang ganas namun ia setia disitu malah terus gah berbakti.
Posted at 03:06 pm by mujahidah
  LIHAT
Sunday, November 11, 2007
Alhamdulillah dengan izin Allah jua himpunan BERSIH dapat di realisasikan. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang datang telah membakar semangat jihad dalam jiwa, tidak kurang juga pada sahabat yang menarik diri baik dari saat awal hingga di saat-saat akhir. Namun hakikatnya, perjuangan memerlukan pengorbanan, kita datang untuk ISLAM. Biarpun di selubungi pelbagai perasaan, akhirnya kisah perjuangan Abu Ayyub Al-anshari telah mengembalikan semangat ku. Dengan penuh keyakinan langkah di atur.
Si pengembara dagang Pengembara, Kepada selain Allah Tidak akan merendahkan dahi, Pengembara, Kami rela ia dagang Menjadi lambang kehidupan, Anda tanyalah berkenaan kami, Sesungguhnya kami tidak peduli Terhadap pelampau, Kami adalah tentera Allah terus menerus, Jalan kami adalah jalan orang yang enggan tunduk kepada kezaliman, Si pengembara dagang…. Kami tidak peduli dengan ugutan Bahkan kami terus mara ke lam Abadi, Lalu kami berjihad dan Berperang semula Beginilah anak dagang, mereka Yang merdeka di dunia hamba, Si pengembara dagang….. Berapa banyak kita teringatkan Suatu zaman, Di hari kita Bahagia, Dengan kitab Allah yang kita Baca sewaktu pagi dan petang.
Demimu Islam matiku rela.Biarpun pihak keselamatan mula mengepung dari pelbagai arah, langkah ini berhenti tidak. Dalam keadaan yang genting bantuan Allah tiba, hujan lebat memotivasikan kami. Selepas solat perjalanan di teruskan. Biar di kelilingi oleh ancaman-ancaman yang begitu gah mempamerkan senjata, kami selamat tiba di perkarangan Istana. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kita buktikan kita mampu berhimpun dengan aman. Setelah penyerahan memorandum selesai kami berangkat pulang. Allahu AKbar! Sungguh maha besar Allah.
Titipan khas buat Pak Lah, khairy dan
semua rakan-rakan seperjuangan kalian.
Berusahalah untuk KEMBALIKAN HAK RAKYAT,
Jika tidak bersedialah untuk hadapi ombak yang mencetuskan revolusi
permbahruan kepada sistem demokrasi. INI BARU MUQADDIMAHNYA!
Posted at 07:30 pm by mujahidah
  LIHAT
Thursday, October 18, 2007

Salam 'Eidul Fitr, kepada sahabat semua pohon maafkan sham atas segala salah dan khilaf, Halakan setiap pemberian, Moga Ibadah kita diterima....
Insha Allah..
Posted at 04:43 am by mujahidah
  LIHAT
Friday, October 05, 2007
::Jangan Salahkan Musuh::
JANGAN SALAHKAN MUSUH
"Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah"
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat 'toleransi' terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.
Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan.
Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.
Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada 'khairunnas' - sebaik-baik manusia.
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:
Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka."
Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.
Kedua: Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.
Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.
Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.
Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu:
"Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah." Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya.
Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala".
Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.
Sumber : Pak Kanjeng (Halaqah.net)
Posted at 08:10 pm by mujahidah
  LIHAT
Tuesday, October 02, 2007
Tuhanku, Saban tahun aku meminta, Agar diberi peluang mengirupi bayu, Ramadhan nan mulia, Air mata menjadi saksi perpisahan dinihari dan senja, Entah kenapa, Sayu, pilu segala-gala hadir, Tatkala semua ummat begitu girang, Gembira menyambut tirai syawal,
Tapi, itu setahun yang sudah, 365 hari yang lalu, 11 bulan yang dulu.. Hari ini aku seakan kembali ke saat itu,
Ramadhan ini bakal berlalu pergi, Namun tertanya diri, Sudah tercapaikah impian pada ramadhani.. Sudah terlangsaikan hutang itu Sudah sempurnahkah sujud itu, Sudah di sucikah lisan itu, Sudah kemaskah langkah itu.
Segala-gala aku tak punya jawab, Lalu untuk apa air mata itu hadir?
Tuhanku, Aku ini hambamu yang tersangat tiada daya, Ku raskan ramadhani terlalu singkat cuma, Masih belum ku isi sluruh upaya, Apakah air mata itu akan bertandang lagi, Apakah KAU masih sudi menghadiahi, Ramadhan yang ku kasihi....
Ya, Tuhanku baru kini ku sedari, Air mata sedari dulu itu lagi, Tanda jiwa ku menyintai, Saat yang ku rindui,
Namun, Apa erti kasih itu? Apa erti cinta itu? Ape erti rindu itu?
hadirnya tidak ku peduli, Masihku dengan urusan duniawi, perginya aku tangisi, tanpa seidkit usaha untuk mengisi,
Aku tidak mengerti, Mengapa aku begini, kata hati ku, firdausi mu ku ingini, redhamu ku genggami,
tapi bila? bagaimana? Andai ihsan Mu ini tidak ku peduli? Mengapa ini terjadi, Kemana segala rasa ini, tatkala harumah ramadhan menyengat naluri, Mengapa bisa ku biar ia berlalu pergi, lalu berteleku aku disini, menangisi,
Tuhanku, rupanya ku tak pernah sedari, aku punya akhri, ramadhan ini tiada lagi,
lalu bagaimana harusnya?? Bermaknakah rayu ini, Bernilaikah deraian ini? Masihkah punya ruang untuk diri ini?
Andau ku tahu ini ramadhani ku yang terakhir... iLAHi, Aku malu untuk menungkapnya, tetapi pada siapa lagi.. ku tuturi, Kasihanilah diri ini... Aku tak punya apa untuk menentu nasib diri, Ku pohoni agar kau bisa kurniai, selautan kasihani,
Ya Rahmani...
Posted at 08:20 pm by mujahidah
  LIHAT
|
|