Langkahku baru bermula? « Tinta Mujahidah

Profile

:: serikandisufi ::

:: serikandiislam ::

:: mujahidah ::

::ummumujahid::

:: sham ::

Bila Berjuang Kerana ALLAH,
Dugaan Itu Tempat Bersinggah,
Keperitan Ditelan Sebagai Juadah,
Kejayaan Adalah Mimpi Indah,
Andai Ditakdirkan Rebah,
Hati Redha Kerana ALLAH!




======================
SINGGAH
======================






Ukhwah.com :: Top Blog

Tag Board


Calendar


<< May 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Links


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
======================
ISTIGHFAR
======================




Credits

Layout: Randomness
Image: Stock.XChng
Â


Randomness : Looking out at the World

Tuesday, May 06, 2008
Langkahku baru bermula?





Setelah sekian lama, jejari kembali menari setelah sesak dada ini melalui hari-hari yang penuh cabaran, akhirnya tewas jua di papan kekunci. Hari ini merupakan hari pertama selama hayat sham hampir 24 tahun,sham menjejakkan kaki ke Bangunan Parliemen Malaysia. Dari zaman pengajian di Kolej lagi, sham memang mengimpikan untuk berbahas di dalam parlimen satu hari kelak. Namun kusangka keinginan itu sekadar keinginan biasa yang lahir dari naluri sham sebagai seorang pendebat.  Semalam telah menyentak semula jiwa rasa ini dengan mengejutkan semula impian lama yg telah terbiar. (menjadi Ahli Parlimen). Dari rumah semalam, naik teksi ke pejabat, kerana ketidakmampuan nak naik LRT dan berjalan, kondisi badan sangat penat sebab tak cukup tidur just left some big event. Anyway, ditakdirkan ALlah sham dipertemukan dengan pemandu teksi yang datang dr susur galur yang sangat istimewa, pemandu teksi tersebut menggelar dirinya 'Pak Lang'.

Pak Lang ini adalah rakan sepermainan Tn Guru Hj Hadi katanya. Menurut Pak Lang, Tuan Guru dan Pak Lang berada di satu kelas yang sama sewaktu tingkatan satu. Katanya lagi, Pak Lang dan Tn Guru sama2 di hambat oleh ayahnda Tn Guru kerana mereka suka mandi laut dan mengail. Hj Awang ayah Tn Guru tu Ulama besar di T'ganu dulu, orangnya tegas, lihatlah waris ALlahyarham hari ni (Tn Guru) mewarisi karisma ayahnda beliau dahulu dan kini Tn Guru punya seorang cahaya mata yang mewarisi karisma tersebut. Ustaz Khalil yang dimaksudkan Pak Lang ini. Pak Lang banyak bercerita mengenai suasana politik negara kita pada hari ini, mungkin Pak Lang selesa bercerita akan soal politik ini setelah mendengar destinasi sham sendiri. Kata Pak Lang, banyak yang perlu kita perbaiki di Malaysia ini, penjajahan yang telah lama berlalu masih meninggalkan acuan karat yang membentuk cara fikir sesetengah individu pada hari ini. Pak Lang juga turut menyatakan harapan dan tanggungjawab kita dalam mengisi kemenangan ini. Pak Lang turut menyatakan bersedialah kita untuk dihisab kemenangan ini.Kita ada ramai menteri-menteri Islam tapi kita tak ramai Tok Guru.Kita kena bangkit dan berjuang!InshaALlah kita mahukan pimpinan ulama' berteraskan Al Quran Wa Sunnatun Nabi.

Pak Lang membangkitkan sedar jiwa ini apabila dengan penuh semangat Pak Lang berkata 'pilihanraya akan datang kamu mesti bertanding!'  terkejut sham, terus kepala ini ligat berfikir apakah betul yang ku dengari ini, lantas ku minta pak lang mengulangi katanya, Pak Lang cakap lagi, 'pilihanraya akan datang kamu mesti bertanding' seraya itu sham menjawab 'Pak Cik, saya ni budak lagi, masih terlalu mentah' Pak Lang menjawab kenapa pulak? kesedaran dan kekuatan bukan lahir dari umur, Nurul Izzah boleh bertanding kenapa tidak kamu? Sham menjawab lagi 'Nurul Izzah itu ayahnya orang besar, saya ini siapalah pak cik' Pak Lang kelihatan berang dengan sikapku yang menjawab ini, Pak Lang tanya umur kamu berapa? selepas mencongak Pak Lang kata sesuai sangat dah untuk bertanding pada PRU 13 nanti. Orang muda macam kamu mesti jiwa besar, semangat besar untuk membantu rakyat dan perjuangkan Islam. Ramai orang tahu hakikat itu tapi tak semua faham, bila dah faham mesti kena sahut cabaran tempuhi perjuangan genggami keazaman kembali dengan keteguhan iman. Kelu Lidah mendengar bicara Pak Lang ini, jauh dari sudut hati sham mengaminkan hasrat Pak Lang itu, apabila sampai ke destinasi sham, Pak Lang minta sham sampaikan salam pada Tn Guru Hj Hadi jika berkesempatan, sham keluar dari perut teksi dengan pelbagai rasa. dengan penuh keletihan melangkah ke pejabat tetapi masih ku fikirkan kata-kata Pak Lang untuk bertanding dalam PRU 13, seriau sangat, pulak tu mustahil..diri ini sangat kerdil,tapi kupunya impian. Seharian di pejabat dan kemudian ziarah sahabat, sham kembali ke teratak bahgaia ku (rumah).

Semasa melangkah masuk kerumah dah hampir 11 lebih rasanya, Seisi rumah sedang menonton parlimen hari ini. Sham join sekali, this is my quality time to spend with them. Sambil menonton pelbagai perkara yang kami bincngkan. Dalam pada itu, ayah melontarkan satu impiannya yang cukup besar "ayah teringin satu hari nanti nak tengok yaya berada ditempat itu dan berbahas, sambil jarinya menunjukkan siaran parlimen tersebut" menelean air liur sham mendengar, tapi lantas hati mengaminkan kata-kata ayah itu, mudah-mudahan ALlah perkenankan. Sebagai anak, sham jumpa erti hidup dengan menggembirakan mak ayah. Selepas itu terus fikiran ini teringat kepada 'Pak Lang' yang ku temui pagi tadi. ALllah pemilik segala rahsia.

Tengah hari tadi apabila sham melangkah masuk ke parlimen tanpa yakin bahawa sham akan lepas masuk ke bangunan itu. Kuasa ALlah mengatasi segalanya.Sham lepas masuk sehingga ke tingkat 14. Mungkin nak masuk dewan tak lepas. Tapi terfikir diri nak masuk parlimen semua orang patuh pada peraturan yang ditetapkan. Dan itu adalah peraturan yang dicipta manusia, di tempat yang manusia begitu patuh pada peraturan manusia wajarnya mereka lebih takut dan patuh kepada peraturan ALlah, kerana kegagalan mematuhi peraturan ALlah menjurus ke neraka azabnya pedih natijahnya pasti, peraturan manusia sekadar kena denda atau dimarah atau di herdik atau dipinggir mungkin. Semua itu bersifat sementara.Tapi itu tidak berlaku, masih ramai yang patuh kepada peraturan parlimen tapi ramai lagi yang ingkar pada peraturan ALlah. Bingung seketika. Pelik pula pada manusia yang begini. Tiba-Tiba seakan punya kekuatan untuk cuba memasuki dewan perbahasan dengan niqab, InshaALlah satu hari nanti. Teringin ku lihat kejauh mana daulatnya Islam itu di dewan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.

"Bukan semua orang faham, kalaupun faham bukan semua orang mampu, berjuang bukan untuk menang tapi untuk memantapkan iman di jiwa " -renungkan wahai diri -

Posted at 05:24 am by mujahidah

 Â

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Â

Â