Taklifan itu.. « Tinta Mujahidah

Profile

:: serikandisufi ::

:: serikandiislam ::

:: mujahidah ::

::ummumujahid::

:: sham ::

Bila Berjuang Kerana ALLAH,
Dugaan Itu Tempat Bersinggah,
Keperitan Ditelan Sebagai Juadah,
Kejayaan Adalah Mimpi Indah,
Andai Ditakdirkan Rebah,
Hati Redha Kerana ALLAH!




======================
SINGGAH
======================






Ukhwah.com :: Top Blog

Tag Board


Calendar


<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Links


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
======================
ISTIGHFAR
======================




Credits

Layout: Randomness
Image: Stock.XChng
Â


Randomness : Looking out at the World

Tuesday, March 11, 2008
Taklifan itu..

perjuangan

Seawalnya kejadian manusia itu sememangnya dia dijadikan sebagai pembawa taklifan dari tuhan segala ciptaan.Tatkala tiada satupun makhluk yang sudi menerima taklifan dari yang maha esa.


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al Ahzab :72)

Sham tak rasa untuk berbicara soal mehnah dan tribulasi yang ditempuhi barisan aktivis-aktivis kebenaran ini, apa yang mencengkam jiwa dinihari adalah, bagaimana untuk mengisi kemenangan yang telah Allah kurniakan. Hakikatnya mengisi kemenangan itu adalah jauh lebih sukar dari bekerja untuk memperoleh kemenangan. Justeru sahabat sekalian usah mendabik dada merasa bangga dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya adalah cebisan ihsan Allah pada kita, yang didalamnya adalah medan ujian bagi hamba, sama ada bisa kita melulusi ujian ini dengan melobosi segala pekat hitam durjana dunia fana ini.

Layakkah diri menerima sebesar anugerah melalui ciebisan ihsaNYA? Intropeksi diri memberikan segala jawapan kepada hati dan nurani, betapa terasa malunya untuk mengakui kemenangan ini kemenangan kita, tatkala lisan mengucapkan bahawa diri adalah pejuang, tetapi hakikatnya setiap langkah yang diatur belum mampu disuci sesuci niat yang ingin dipatri. Masih lagi tenggelam dalam dosa dan noda ciptaan diri dek kerana gagal mengawal nafsu yg wahid itu.

Dalam gunungan dosa itu, kenapa masih DIA mengutuskan khabar gembira itu? Bukankah sifatnya ArRahman dan ArRahim, lalu tiada apa yang mustahil untukNYA. Kemenangan ini adalah anugerah dariNya untuk menguji sejauh mana syukurnya hamba dan setinggi mana taqwanya hamba.Janji Allah itu pasti jua, namun apakah kita ini sudah berhempas habis yang terbaik untukNYA dalam mengharap pada janji dan bantuanNYA? Cukup sekadar mengukur kembali perjalanan gerak kerja kita dalam perang yang lepas, apakah setiap langkah kita aturkan itu benar-benar untukNYA? atau langkah itu diatur sekadar syarat untuk mengatakan diri berjuang fisabilillah? Wahai diri dan teman-teman sekalian, andai langkah yang kita atur dahulu adalah untuk redhaNya, tidak mungkin kita berkecil hati kerana kita tidak mendapat layanan yang sepatutnya, andai redhaNYA  matlamat kita, tak mungkin kt merasa tersisih kerana dipinggirkan manusiawi dan tak mungkin berusaha untuk membuktikan kepada orang lain bahawa kita adalah yang terbaik.

Andai langkah itu diatur demi redhaNYA pastinya, hati pasrah atas kekurangan persekitaran, merasa bahagia tatkala dipinggirkan dan berpanjangan tekad untuk melakukan yang terbaik demi Allah tanpa sedikit pun rebah, jatuh terguling bangkit berlari kita.Ayuh, kita renungkan dimanakah sebenarnya kita dan hati-hati ini.

Masih tidak terlewat wahai diri jua sahabat sekalian, kita insafi kemenangan ini, kita gagahi rintangan di hadapan, kita pasrah pada suratan dalam jazam dan kekuatan untuk mempertahankan agama yang suci ini dan meraih cinta ilahi.

Teman, berkata itu mudah untuk laksana itu payah tetapi tidak mustahil dengan izin Allah jua....

Selamat Berjuang  Wahai DIRI, sahabat ikhwah wa akahwat..

Seeru 'ala Barakatillah

 

 


 


Posted at 04:20 pm by mujahidah

Term Papers
December 7, 2009   01:03 AM PST
 
Great info, i glad to see this blog, such an informative article, Thanks for share this.
Term Papers
December 1, 2009   10:17 PM PST
 
It’s great to see good information being shared.

Thanks for sharing.
web design
June 24, 2009   09:31 PM PDT
 
gambar tu ngeri la
web design
June 22, 2009   07:28 PM PDT
 
apa yang betul
malaysia web design
June 2, 2009   01:12 AM PDT
 
memang betul la
malaysia seo
April 1, 2009   03:10 AM PDT
 
BETUL NilzaSaza
NilzaSaza
March 12, 2008   01:34 AM PDT
 
Salam saudariku,

Kemenangan dpd Allah mungkin anugerah kurniaanNya hasil dpd munajat berpanjangan dan kerja-kerja pra syarat kemenangan yg telah kita usahakan.

Namun ia juga adalah amanah besar yg mewajibkan kita menggalas tugas dengan penuh kesabaran dan tawadhuk.

Serlahkan ISLAM yang sebenar dalam setiap amalan pemerintahan dr sebesar perkara hingga yg sekecilnya.InsyaAllah - keredhaanNya bersama kita. Amiin...

~NS
 Â

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Â

Â