Tinta Mujahidah

Profile

:: serikandisufi ::

:: serikandiislam ::

:: mujahidah ::

::ummumujahid::

:: sham ::

Bila Berjuang Kerana ALLAH,
Dugaan Itu Tempat Bersinggah,
Keperitan Ditelan Sebagai Juadah,
Kejayaan Adalah Mimpi Indah,
Andai Ditakdirkan Rebah,
Hati Redha Kerana ALLAH!




======================
SINGGAH
======================






Ukhwah.com :: Top Blog

Tag Board


Calendar


<< May 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Links


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
======================
ISTIGHFAR
======================




Credits

Layout: Randomness
Image: Stock.XChng
Â


Randomness : Looking out at the World

Tuesday, February 17, 2009
Sejuta keampunan

Salam.sahabat semua ana dah terlalu lama meninggalkan blog ini. Ana mohon maaf kerana blog ini sebenarnya dalam proses penyelenggaraan. Alhamdulillah hari ini semua entri2 yang ana sayangi telah dipindahkan ke teratak baru ana yang masih dalam proses pembikinan tapi sudah dibuka kepada anda utk ziarah..ahalan wa sahlan. Dikesempatan ini ana juga ingin berkongsi khabar gembira bahawa ana sudah pun bergelar zaujah kepada seorang suami yang ana kira ana bertuah utk memiliki dirinya sebagai pemimpin. Ana akan berkongsi kisah ttg pernikahan ana di tertak baru ana sedikit masa lagi..untuk itu teatamu ziarah sahabat budiman sekalian jemput ke

 

http://www.nurmentari.blogspot.com


Posted at 04:25 am by mujahidah
PANDANGAN ANDAÂ Â

Wednesday, August 20, 2008
Tiba Jua Saat Itu Dan Begini Rupanya....



Tahun demi tahun berlalu, namun ia setia hadir disitu atas arahan tuhanNya yang maha agung. Mulianya qamar yang terbit itu bukan seenak bicara seindah kata-kata, tetapi ia kemanisan yang tiada galang ganti. Pada yang mengerti hadirnya di nanti-nanti, perginya begitu ditangisi, terbit begitu dihargai.

Setiap pancaran sinarnya dirai dengan alunan suci qalam rabbi, dibiar diri menari bermujahadah menghadapi getir si nafsu durjana demi menggapai seribu janji nan luhur dari ilahi. Segalanya itu bagi yang meyakini bahawa ni'mat hidupnya tatkala melepas hembus nafas pengharapan pada sebuah pengampunan demi sebuah kehidupan yang penuh dengan kepastian.

Dihujung dunia itu, terdapat juga sekelompok manusia yang tidak pernah dan tidak mahu hirau akan sinar itu. Sinar yang hadir sekali cuma setahun, entah kenapa kelihatan tidak bermakna kehadirannya, kelihatan tak pernah dinanti kemunculannya. Berlalu pergi sinaran itu begitu sahaja menyimpan seribu sendu kesedihan melihat kehadirannya tidak dihiraukan. Tiba-Tiba disuatu sudut itu, kelihatan begitu ghairah manusia itu menunggu kehadiran sinar nan suci itu, dengan segala kelengkapan yang serba baru, persis bujang menerima isteri lalu diangkat darjat menjadi suami. Sayang kelengkapan itu sebenarnya bukan untuk merai sinaran murni kurniaan rabbi, tetapi ia hayunan langkah mencuri kesempatan cuma, untuk mengumpul segala riggit dengan jualan, untuk meni'mati segala mewah untuk setahun berikutnya akan datang barangkali.

Tuntas terpanggil melihat ibu-ibu yang menyiapkan juadah untuk hari kejayaan yang bakal dirai, berpusu-pusu ke gedung, membeli belah dengan penuh ni'mat, persiapan awal agar anak-anak tidak tertinggal menikmati hari indah itu nanti. Hatiku bagai ditusuk sembilu, betapa kehadirannya bukan suatu kepastian kerana tuhan tidak pernah menjanjikan sebuah kehidupan tanpa pengakhiran, tetapi wujud pula manusia yang begitu sombong hadirnya tidak dipeduli tetapi perginya di sambut gembira.Bukankah hari kemenangan itu untuk mereka yang berjuang? Bila berjuang itu terdapat beberapa perkara natijahnya syahid dan menang, atau gugur dan tewas, mungkin jua selamat tetapi tewas dan tewas tidak selamat?Jadi kenapa kejayaan sudah didambakan sedangkan tidak pernah ada ketentuan bahawa berjuang pasti kembali dengan kejayaan?

Sayup-sayup kedengaran suara halus menjelajah ayat demi ayat dari lembaran Qur'ani, kelihatan sekujur tubuh tenggelam dalam ritma keasyikan mengharapkan keredhaan. Disisinya cuma berbekal pepasir sebagai alas dan dedaun sebagai bumbung, persekitarannya kelihatan runtuhan istana pelbagai nyawa, kelihatannya hanyir darah merah menusuk hidung tetapi wajah itu begitu jernih dalam girang. Bedilan bom umpanya irama sampingan, kerana padanya sinar kurniaan tuhan itu sebuah kenikmatan yang tiada tandingan, sendunya berakhir dengan sebuah pengharapan agar ramdhan kan datang lagi, belum puas beramah mesra, belum puas membiar sinar itu menjamah halus setiap inci persembahannya. Khuatir bisiknya, persembahannya kali ini mungkin sumbang dengan irama riya', ujub dan takabbur. Meski persembahannya tidak seindah persembahan para pencinta pencipta sinar itu, baginya sinar itu terlalu berharga justeru harapan untuk bertemu kembali dilabuhkan dalam linangan airmata, dalam sahutan takbir dan tahmid bersama sepersalinan indah milik adindanya yang telah kembali buat selamanya.

Begitu hadirnya mentari ramadhan itu di sambut dipelbagai tempat dan daerah dengan cara tersendiri, dengan pelbagai santun dan irama, persoalannya apakah erti ramadhani itu benar-benar di hayati sudah? Bisakah ramadhan ini terisi dengan penuh insafi? Hanya tuhan maha mengerti, moga dihadiahi ramdhan itu dengan seribu kekuatan untuk menghargainya jua...

Posted at 03:29 am by mujahidah
PANDANGAN ANDAÂ Â

Wednesday, July 23, 2008
It was a day





I don't know why, I miss my old days in my lovely college like crazy. Actually last weekend I was in my sister's campus. I am merely taking a break from my busy life. I went there with my best friend kak su. Kak Su was with me not only to acompany me at that time, but also because her sister was having her convocations ceremony at that college. We never plan to ask our sister to study in the same college just because we both were in the same college. It is just a coincidence. The thing is when my sister in her first semester of the first year, kak su's sister a.k.a Ogy already finished her study. See, I have intended to 'merapu-rapu' here. It is not that I want to write about me n kak su, or about my sis n Ogy.


I feel like writing here, and it is about my campus life a few years ago. Seeing that excitement in the students that wearing convocation robe it  just bring me to flash back my convocation day. Believe me it is a day that I'll never ever forget in my life. Only me and my parents know why, absolutely that has been fated by the master of the creation Allah swt. Getting further in remembering my old memories as a student, the joys and sorrows are there. Those seconds that has been left behind well never come around, but the only thing that nearly will and will be with me forever is this memory.

I miss a girl called 'Aaliyah Juma Mariwa,she is a Philippine girl who has been brought up in Saudi, I miss my ex-housemates, I miss my cute litlle 'lipas' (Kak Ijot) ,I miss my anjungrians,and I miss many more IICsians that can't be named here, lecturer and the building it self. Aaliyah she is mama right now. She've got a son and a daughter. I never seen her daughter but I have seen and play with Ibrahim (her son). But it was two years ago, when she give me a treat for my birthday in 'Secrete Recipe'. It is almost three years I don't see Kak Ijot as well, I've not even attending her wedding. I've got very important meeting at that time. Anyway I'm happy for her. After spending all her life with fulls of patience facing the challenges with just keep a cat by her side, that was the most hadest time ever in her life i guess, AlhamduLillah finally, now she is happy. She is a devoted wife for Bro Hazry and soon to be a devoted mummy for her son/daughter. Allah blesses her and her family.

I still remember that Aaliyah and Kak Ijot was my  two important buddies in my student life. They always encouraged me to do better in my study. I learn a lot from them. There is so many things that they did for me for the sake of my happiness. There was a lots of people who really jealous of us. But Allah knows better. Three of us completed our studies in a different time, and yet we had our convocation also in the different year. Eventhough the kick of having the convocation with them has been missed I still enjoy my convocation with Hawa, Kak Emy and my course-mates. Owhhh ghoshhhhh!!!! I want to be a student back. I want my busy life back. I wanto busy with my lectures ,my notes, my assignment, quizes and definitly I want to busy back with my exam papers. Can I? If that is the case then I should discuss this with my fiancée. Yes! I will.

Day by day, week by week, month by month and year by year, it comes and goes, but nothing replaces my memories in IIC. My seniors, my juniors, my friends you guys are very special indeed of my life. I ask Allah to keep you guys near to HIM under HIS undefined love. I want  to write more, but I got to go, I have a meeting right now.

 

Till see…..




Posted at 11:18 pm by mujahidah
PANDANGAN ANDAÂ Â

Wednesday, June 25, 2008
Hari Itu Yang Berlalu, Hari Ini Dan Esok..





Hari itu yang berlalu diri berlari mengejar bahagia, mengharap sinar lalu tersungkur rebah derita dan duka. Bangkit kembali dengan harap dan doa, tetapi tiba dipenghujung dengan sesal, hampa dan kecewa.Putus harap pada sinar itu sehingga belajar semula bagaimana untuk bermula, bertatih menerima ukiran taqdir atas sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu juga mengajar diri bagaimana untuk meminta meski tahu mungkin akan kecewa jua, tetapi hari itu juga yang menyedarkan diri bahawa meminta dan kecewa adalah ni'mat yang perlu dini'mati dengan sabar.

Hari itu yang berlalu juga menjadi bukti betapa diri ini lemah tiada berdaya, tak pernah mampu untuk hadapi apa jua yang tidak dicernakan melalui impian, namun hari itu juga yang mengajar bahawa inilah sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu tidak hanya sepi dihias duka tetapi hari itu yang berlalu DIA hadiahkan cinta itu pada penghujung sendu dan bulat kecewa.

Hari itu yang berlalu membuatkan takut untuk diri melukis impian pada langit nan indah itu kerana bimbang pelangi yang berpaut pada awanan kan sirna jua. Lalu cinta itu dibiar tanpa impian juga hiasan harapan, yang ada cuma serahan semula kepada DIA pemilik segala cinta.

Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup, segala yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada tuhan, dan menanam harapan untuk bertemu dan bertatap wajah DIA pada esok hari.

Hari itu yang berlalu berbicara DIA bahawa cinta ini untuk disini perlu ku ukir sinar kasih padaNYA sebagai bekalan pertemuan kembali aku dan DIA, justeru cinta itu disimpan, lalu tumbuh bebunga harapan untuk ku sulam cinta itu dengan segala ada dengan sebuah ikatan.

Hari ini menyebabkan hari yang berlalu itu dirindui, kerana segalanya masih seperti akhirnya hari yang berlalu cuma cinta itu sudah mula disulam dengan segala perasaan menuju sebuah ikatan sebagai bekalan untuk bertemu tuhan, menatap dan berbicara dengan ar-rahman pada saat yang ditentukan..

Hari ini bebunga harapan mula mekar keindahan, hati mula diresap kebimbangan apakah bebunga yang mekar ini bakal di gubah elok memacu langkah menuju impian, ataukah akan berguguran jua kerana tewas jasad dan ruh tanpa cukup persiapan pada amalan.

Hari ini bersama seribu ketakutan masih tersimpan cinta itu, masih teranyam kasih itu menanti sebuah ikatan, agar terlengkap jua impian itu kelak menjadi bekalan untuk bertemu tuhan seperti mekarnya bebunga harapan...

Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harap bernama doa, kerna biacaraNYa memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua..

Hari ini berteleku jua dengan segala impian, harapan, dan ketakutan bersama rantaian rintihan...

Hari ini menyebabkan diri tegar menghadapi hari esok...

Tuhan segalanya sudahku serahkan...


Posted at 07:14 pm by mujahidah
PANDANGAN ANDAÂ Â

Tuesday, May 06, 2008
Langkahku baru bermula?





Setelah sekian lama, jejari kembali menari setelah sesak dada ini melalui hari-hari yang penuh cabaran, akhirnya tewas jua di papan kekunci. Hari ini merupakan hari pertama selama hayat sham hampir 24 tahun,sham menjejakkan kaki ke Bangunan Parliemen Malaysia. Dari zaman pengajian di Kolej lagi, sham memang mengimpikan untuk berbahas di dalam parlimen satu hari kelak. Namun kusangka keinginan itu sekadar keinginan biasa yang lahir dari naluri sham sebagai seorang pendebat.  Semalam telah menyentak semula jiwa rasa ini dengan mengejutkan semula impian lama yg telah terbiar. (menjadi Ahli Parlimen). Dari rumah semalam, naik teksi ke pejabat, kerana ketidakmampuan nak naik LRT dan berjalan, kondisi badan sangat penat sebab tak cukup tidur just left some big event. Anyway, ditakdirkan ALlah sham dipertemukan dengan pemandu teksi yang datang dr susur galur yang sangat istimewa, pemandu teksi tersebut menggelar dirinya 'Pak Lang'.

Pak Lang ini adalah rakan sepermainan Tn Guru Hj Hadi katanya. Menurut Pak Lang, Tuan Guru dan Pak Lang berada di satu kelas yang sama sewaktu tingkatan satu. Katanya lagi, Pak Lang dan Tn Guru sama2 di hambat oleh ayahnda Tn Guru kerana mereka suka mandi laut dan mengail. Hj Awang ayah Tn Guru tu Ulama besar di T'ganu dulu, orangnya tegas, lihatlah waris ALlahyarham hari ni (Tn Guru) mewarisi karisma ayahnda beliau dahulu dan kini Tn Guru punya seorang cahaya mata yang mewarisi karisma tersebut. Ustaz Khalil yang dimaksudkan Pak Lang ini. Pak Lang banyak bercerita mengenai suasana politik negara kita pada hari ini, mungkin Pak Lang selesa bercerita akan soal politik ini setelah mendengar destinasi sham sendiri. Kata Pak Lang, banyak yang perlu kita perbaiki di Malaysia ini, penjajahan yang telah lama berlalu masih meninggalkan acuan karat yang membentuk cara fikir sesetengah individu pada hari ini. Pak Lang juga turut menyatakan harapan dan tanggungjawab kita dalam mengisi kemenangan ini. Pak Lang turut menyatakan bersedialah kita untuk dihisab kemenangan ini.Kita ada ramai menteri-menteri Islam tapi kita tak ramai Tok Guru.Kita kena bangkit dan berjuang!InshaALlah kita mahukan pimpinan ulama' berteraskan Al Quran Wa Sunnatun Nabi.

Pak Lang membangkitkan sedar jiwa ini apabila dengan penuh semangat Pak Lang berkata 'pilihanraya akan datang kamu mesti bertanding!'  terkejut sham, terus kepala ini ligat berfikir apakah betul yang ku dengari ini, lantas ku minta pak lang mengulangi katanya, Pak Lang cakap lagi, 'pilihanraya akan datang kamu mesti bertanding' seraya itu sham menjawab 'Pak Cik, saya ni budak lagi, masih terlalu mentah' Pak Lang menjawab kenapa pulak? kesedaran dan kekuatan bukan lahir dari umur, Nurul Izzah boleh bertanding kenapa tidak kamu? Sham menjawab lagi 'Nurul Izzah itu ayahnya orang besar, saya ini siapalah pak cik' Pak Lang kelihatan berang dengan sikapku yang menjawab ini, Pak Lang tanya umur kamu berapa? selepas mencongak Pak Lang kata sesuai sangat dah untuk bertanding pada PRU 13 nanti. Orang muda macam kamu mesti jiwa besar, semangat besar untuk membantu rakyat dan perjuangkan Islam. Ramai orang tahu hakikat itu tapi tak semua faham, bila dah faham mesti kena sahut cabaran tempuhi perjuangan genggami keazaman kembali dengan keteguhan iman. Kelu Lidah mendengar bicara Pak Lang ini, jauh dari sudut hati sham mengaminkan hasrat Pak Lang itu, apabila sampai ke destinasi sham, Pak Lang minta sham sampaikan salam pada Tn Guru Hj Hadi jika berkesempatan, sham keluar dari perut teksi dengan pelbagai rasa. dengan penuh keletihan melangkah ke pejabat tetapi masih ku fikirkan kata-kata Pak Lang untuk bertanding dalam PRU 13, seriau sangat, pulak tu mustahil..diri ini sangat kerdil,tapi kupunya impian. Seharian di pejabat dan kemudian ziarah sahabat, sham kembali ke teratak bahgaia ku (rumah).

Semasa melangkah masuk kerumah dah hampir 11 lebih rasanya, Seisi rumah sedang menonton parlimen hari ini. Sham join sekali, this is my quality time to spend with them. Sambil menonton pelbagai perkara yang kami bincngkan. Dalam pada itu, ayah melontarkan satu impiannya yang cukup besar "ayah teringin satu hari nanti nak tengok yaya berada ditempat itu dan berbahas, sambil jarinya menunjukkan siaran parlimen tersebut" menelean air liur sham mendengar, tapi lantas hati mengaminkan kata-kata ayah itu, mudah-mudahan ALlah perkenankan. Sebagai anak, sham jumpa erti hidup dengan menggembirakan mak ayah. Selepas itu terus fikiran ini teringat kepada 'Pak Lang' yang ku temui pagi tadi. ALllah pemilik segala rahsia.

Tengah hari tadi apabila sham melangkah masuk ke parlimen tanpa yakin bahawa sham akan lepas masuk ke bangunan itu. Kuasa ALlah mengatasi segalanya.Sham lepas masuk sehingga ke tingkat 14. Mungkin nak masuk dewan tak lepas. Tapi terfikir diri nak masuk parlimen semua orang patuh pada peraturan yang ditetapkan. Dan itu adalah peraturan yang dicipta manusia, di tempat yang manusia begitu patuh pada peraturan manusia wajarnya mereka lebih takut dan patuh kepada peraturan ALlah, kerana kegagalan mematuhi peraturan ALlah menjurus ke neraka azabnya pedih natijahnya pasti, peraturan manusia sekadar kena denda atau dimarah atau di herdik atau dipinggir mungkin. Semua itu bersifat sementara.Tapi itu tidak berlaku, masih ramai yang patuh kepada peraturan parlimen tapi ramai lagi yang ingkar pada peraturan ALlah. Bingung seketika. Pelik pula pada manusia yang begini. Tiba-Tiba seakan punya kekuatan untuk cuba memasuki dewan perbahasan dengan niqab, InshaALlah satu hari nanti. Teringin ku lihat kejauh mana daulatnya Islam itu di dewan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.

"Bukan semua orang faham, kalaupun faham bukan semua orang mampu, berjuang bukan untuk menang tapi untuk memantapkan iman di jiwa " -renungkan wahai diri -

Posted at 05:24 am by mujahidah
PANDANGAN ANDAÂ Â

Thursday, March 27, 2008
Respon Kepada Datuk Noraini Ahmad

Kami Generasi Muda Cintakan Negara.

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mac 2008, ruangan Rencana, "ťPuteri tangkis serangan siber”, halaman 9. Dato’ Noraini Ahmad mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa pembaca blog adalah ’Masyarakat Starbucks’. Nampaknya para pimpinan UMNO gemar memberikan istilah kepada mereka yang datang dengan pesona pemikiran yang berbeza. Jelas kesan kebangkitan para pengundi di kalangan anak-anak muda menjadi tamparan hebat buat UMNO dan Barisan Nasional. Masakan tidak jika YAB Perdana Menteri sendiri mengiktiraf usaha siber pembangkang merupakan antara faktor kejatuhan regim Barisan Nasional di beberpa negeri panas di negara kita.

Ketua Puteri UMNO Malasyia yang kini menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia, dalam kenyataan menyatakan bahawa kekalahan besar calon BN pada PRU yang lalu menunjukkan mentaliti masayarakat hari ini termasuk generasi muda yang kerap mendapatkan maklumat melalui blog mengenai perkembangan terkini senario politik negara. Menurut beliau lagi generasi muda hari ini menerima maklumat melalui internet tanpa sebarang tapisan. Sehingga ianya mengakibatkan generasi muda menjadi emosional lalu mencetuskan budaya "cuba-cuba" mengundi dan akhirnya membawa kejatuhan kepada regim BN. Noraini juga menyatakan bahawa golongan muda hari ini tidak suka membaca surat khabar dan menonton berita di televisyen.

Sebagai generasi muda, penulis dan pembaca blog, saya ingin menyambut segala lontaran hujah tidak berasas dari Ketua Puteri ini.

Pertamanya saya merasakan bahawa betapa perlunya Ketua Puteri ini mengkaji, apakah faktornya yang menyebabkan ramai sekali anak muda yang bertindak untuk mendapatkan maklumat melalui blog dan laman sesawang? Tidak mengapalah saya yakin Ketua Puteri ini adalah antara golongan ahli politik yang tidak berjiwa rakyat. Mengapa saya katakan demikian? Sebagai ahli politik yang berjiwa rakyat, perkara paling penting adalah mereka ini harus bijak membaca bukan sahaja senario politik negara tetapi lebih dari itu mereka harus bijak membaca minda rakyat. Nampaknya Ketua Puteri masih tidak dapat melihat dan belajar dari "tunjuk perasaan" di peti undi yang berlaku tempoh hari,itu pun adlah hasil saranan YAB Perdana Menteri sewaktu berucap di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu ketika merespon kepada himpunan BERSIH yang akan diadakan pada waktu itu. Sudahlah gagal menginterpretasikan mesej yang rakyat sampaikan melalui undi pelbagai tuduhan tidak berasas pula di lemparkan.

Disini saya ingin menjelaskan, bahawa kami golngon muda sebenarnya bukanlah golongan yang tidak suka membaca surat khabar mahupun menonton berita di televisyen, dan kami bukannya golongan yang menerima satu-satu maklumat tanpa tapisan mahupun sandaran yang kuat kepada realiti yang berlaku, tetapi kami adalah golongan muda yang sudah jemu dan jelik dengan penipuan demi penipuan yang dimuatkan dalam akhbar perdana dan kaca televisyen. Disebabkan kami melihat,mengkaji,berfikir dan menapislah maka kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui pelbagai saluran yang kami yakini. Apakah kami dikira golongan yang bertindak mengikut emosi jika kami menghendakkan keadilan? Apakah kami adalah golongan "Starbuck" kerana meraikan pandangan-pandangn yang menginginkan perubahan dan turut menuntut perubahan disegenap segi? Kami tidak akan mencari saluran maklumat alternatif jika saluran perdana yang ada menjadi saluran yang telus dan saluran rakyat. Jangan harap bahawa kami akan terus tertipu dengan mainan UMNO-BN ini. Kami sudah sedar dan aku terus sedar dalam memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara kami.

Lidah memang lembut tak bertulang tapi manusia punya akal untuk mengatur dan melafazkan lisan dengan bijak. Tetapi mungkin Ketua Puteri telah hilang fokusnya ketika mengeluarkan kenyataan mengenai golongan muda yang "cuba-cuba" mengundi. Wahai Ketua Puteri yang bermakhotakan selendang merah jambu, terimalah kenyataan ini. Ini bukan cubaan, ini betul-betul. Ini suara hati kami, suara hati insan-insan yang mencintai negara ini. Ayuh kita melihat semula kalimat silam pepatah berharga tinggalan nenek moyang ’sayangkan isteri tingal-tinggalkan, sayangkan anak, tangan-tangankan. Dalam konteks politik negara ini, pengundi atau rakyat adalah ibu bapa kepada pemerintah, kerana rakyatlah yang memberikan kuasa kepada pemerintah itu, justeru kerana sayangkan pemerintahlah maka kami tangan-tangankannya di peti undi tempoh hari.Apakah tangan yang memberi 'kuasa' ini tidak layak memberi teguran dengan cara kami yang tersendiri? Kami sayangkan kerajaan dan negara kami, kami tak mahu hari demi hari kerajaan terus melakukan kesilapan, kesalahan dan kezaliman. Justeru perubahan yang kami tuntunt adalah pembebasan rakyat dari natijah kesilapan, kesalahan dan kezaliman yang di lakukan oleh pemerintah, dan perubahan yang kami tuntut adalah pembebasan kepada pemerintah dari terus melakukan kesilapan dengan memegang kuasa di tangannya.

Terlanjur bicara Ketua Puteri dalam kenyataannya itu, saya ingin memberikan teguran kepada anda, anda adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia, justeru bertindak dan berbicaralah sebagai pemimpin rakyat, jangan megulangi kesilapan kekanda-kekanda anda terdahulu yang menjadi menteri dan timbalan menteri untuk kepentingan diri dan parti sebaliknya gagal menjadi menteri dan timbalan menteri rakyat.

Dalam laporan akhbar tersebut Ketua Puteri UMNO Malaysia ini turut menyatakan bahawa generasi muda yang mendapat maklumat melalui blog sebagai generasi yang tidak mempunyai jati diri yang kuat. Saya ingin mempersoalkan apakah yang dimaksudkan dengan jatidiri oleh Noraini Ahmad ini. Jika jati diri seorang muslim dan melayu hanya terdapat pada tudung pink, selendang merah, keris tanpa sarung dan bendera biru mereka, alangkah malangnya nasib muslim melayu di malaysia ini. Ketahuilah bahawa jati diri itu adalah identiti individu, masayrakat, dan negara.Perlu di fahami identiti indentiti yang dimkasudkan ini tidak datang dengan memakai 'uniform' parti atau pun dengan menangkat bendera parti. Pimpinan UMNO di semua peringkat perlu jelas bahawa jati diri mana-mana individu tidak datang dengan cop mohor parti mereka. Kami generasi muda mencintai negara kami kerana iman kami terhadap Allah. Kami generasi meniarap makan pasir, terlentang berminum embun hanya untuk mempertahankan kesucian negara kami demi mendaulatkan kalimah tauhid, La ila ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah. Kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia, satu pesan saya usah bicara soal jati diri andai konsep jati diri itu sendiri gagal anda difahami dengan baik.

Melihat kepada gelombang hari ini, Dengan penuh tanggungjawab, kami generasi muda telah membuktikan sejauh mana mantapnya jati diri kami di peti undi pada 08 MAC 2008, tanggal bersejarah dalam arena politik tanah air. Setakat ini mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir hanya menyatakan bahawa UMNO telah lumpuh dan saya yakin, jika Barisan Nasional masih tidak belajar dari apa yang terjadi, gelombang yang lebih besar dari ini akan berlaku, dan ingatlah jika senjata di tangan kami mula berbicara utk kesekian kalinya pada PRU-13 nanti, maka Barisan Nasional akan turut lumpuh.Walau apa pun sekalung tahniah kepada Puteri UMNO yang menyatakan hasrat murni mereka untuk memantau blog-blog yang ada, nasihat saya, jangan sekadar memantau, nilailah ia dengan mata hati dan kajilah ia demi peradaban bangsa yang terjamin untuk anak cucu kita kelak.Bangsa yang bijak adalah bangsa yang belajar dari setiap kegagalan, kejatuhan dan kekecewaan.


Hakikatnya segala-galanya adalah dari ALlah SWT jua, kita harus belajar dari segala ruang tabiyyah yang ALlah beri ini.

 

Wallahua'alam


Posted at 01:42 am by mujahidah
PANDANGAN ANDAÂ Â

Tuesday, March 11, 2008
Taklifan itu..

perjuangan

Seawalnya kejadian manusia itu sememangnya dia dijadikan sebagai pembawa taklifan dari tuhan segala ciptaan.Tatkala tiada satupun makhluk yang sudi menerima taklifan dari yang maha esa.


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al Ahzab :72)

Sham tak rasa untuk berbicara soal mehnah dan tribulasi yang ditempuhi barisan aktivis-aktivis kebenaran ini, apa yang mencengkam jiwa dinihari adalah, bagaimana untuk mengisi kemenangan yang telah Allah kurniakan. Hakikatnya mengisi kemenangan itu adalah jauh lebih sukar dari bekerja untuk memperoleh kemenangan. Justeru sahabat sekalian usah mendabik dada merasa bangga dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya adalah cebisan ihsan Allah pada kita, yang didalamnya adalah medan ujian bagi hamba, sama ada bisa kita melulusi ujian ini dengan melobosi segala pekat hitam durjana dunia fana ini.

Layakkah diri menerima sebesar anugerah melalui ciebisan ihsaNYA? Intropeksi diri memberikan segala jawapan kepada hati dan nurani, betapa terasa malunya untuk mengakui kemenangan ini kemenangan kita, tatkala lisan mengucapkan bahawa diri adalah pejuang, tetapi hakikatnya setiap langkah yang diatur belum mampu disuci sesuci niat yang ingin dipatri. Masih lagi tenggelam dalam dosa dan noda ciptaan diri dek kerana gagal mengawal nafsu yg wahid itu.

Dalam gunungan dosa itu, kenapa masih DIA mengutuskan khabar gembira itu? Bukankah sifatnya ArRahman dan ArRahim, lalu tiada apa yang mustahil untukNYA. Kemenangan ini adalah anugerah dariNya untuk menguji sejauh mana syukurnya hamba dan setinggi mana taqwanya hamba.Janji Allah itu pasti jua, namun apakah kita ini sudah berhempas habis yang terbaik untukNYA dalam mengharap pada janji dan bantuanNYA? Cukup sekadar mengukur kembali perjalanan gerak kerja kita dalam perang yang lepas, apakah setiap langkah kita aturkan itu benar-benar untukNYA? atau langkah itu diatur sekadar syarat untuk mengatakan diri berjuang fisabilillah? Wahai diri dan teman-teman sekalian, andai langkah yang kita atur dahulu adalah untuk redhaNya, tidak mungkin kita berkecil hati kerana kita tidak mendapat layanan yang sepatutnya, andai redhaNYA  matlamat kita, tak mungkin kt merasa tersisih kerana dipinggirkan manusiawi dan tak mungkin berusaha untuk membuktikan kepada orang lain bahawa kita adalah yang terbaik.

Andai langkah itu diatur demi redhaNYA pastinya, hati pasrah atas kekurangan persekitaran, merasa bahagia tatkala dipinggirkan dan berpanjangan tekad untuk melakukan yang terbaik demi Allah tanpa sedikit pun rebah, jatuh terguling bangkit berlari kita.Ayuh, kita renungkan dimanakah sebenarnya kita dan hati-hati ini.

Masih tidak terlewat wahai diri jua sahabat sekalian, kita insafi kemenangan ini, kita gagahi rintangan di hadapan, kita pasrah pada suratan dalam jazam dan kekuatan untuk mempertahankan agama yang suci ini dan meraih cinta ilahi.

Teman, berkata itu mudah untuk laksana itu payah tetapi tidak mustahil dengan izin Allah jua....

Selamat Berjuang  Wahai DIRI, sahabat ikhwah wa akahwat..

Seeru 'ala Barakatillah

 

 


 


Posted at 04:20 pm by mujahidah
PANDANGAN ANDAÂ Â

Next Page

Â

Â